Sunday, 28 April 2019

Topik 14 Pengurusan alam pembelajaran



Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. Tujuan pengajaran ialah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar. Corak pengajaran banyak berubah mengikut perkembangan semasa.
Matlamat pengajaran ialah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, proses pengajaran hendaklah dirancang dengan baik seterusnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Tujuan merancang suatu Pengajaran ialah memenuhi masa yang diperuntukan, menepati kehendak objektif/matlamat, berkesan sepanjang waktu pengajaran dan menarik perhatian dan tidak membosankan. Berikut merupakan persediaan sebelum mengajar:
  1. Penulisan persediaan mengajar
  2. Persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar.
  3. Persediaan bahan pengajaran.
  4. Persediaan peralatan pengajaran.
  5. Persediaan ruang pengajaran.
  6. Persediaan kemahiran dalam pengajaran.

Terdapat dua objektif pengajaran:
OBJEKTIF IMPLISIT (UMUM/AM)
    1. Objektif yang hendak dihasilkan secara keseluruhan bagi pelajaran.
    2. Menggunakan kata kerja bagi menerangkan pencapaian murid yang dihsratkan dari aspek kognitif, afektif, dan psikomotor.
    3. Kata kerja domain kognitif: mengetahui, memahami, mentafsir, menggunakan/mengplikasi, menyelesaikan masalah, bertutur, berucap, menulis, merancang dan menilai
    4. Kata kerja domain afektif: menyedari, menerima, menghargai.
    5. Kata kerja domain psikomotor: bermain, melakar, memasang, membina, mereka cipta, melukis, membaiki, dan menghasilkan.
    6. Contoh: Murid-murid dapat memahami fenomena gerhana matahari dan gerhana bulan.
OBJEKTIF EKSPLISIT (KHUSUS/KHAS)

  1. objektif pengajaran yang dinyatakan secara khusus, berbentuk eksplisit.
  2. Objektif ini memperincikan objektif umum, ditulis dalam bentuk perlakuan yang boleh dicerap atau diukur yang menggambarkan kedalaman bidang kajian.
  3. Kata kerja domain kognitif: melabel, mendefinisi, menyenarai, menerang, memberi contoh, mengira, menggunakan, membandingkan, memilih, mengelaskan, merumus, mengkritik, menyokong.
  4. Kata kerja domain afektif: menyusun dengan teratur, mengamalkan, menjaga
  5. Kata kerja domain psikomotor: membuat, menimbang, menyukat, menampal.
  6. Sebaik-baiknya dalam satu pengajaran perlu dinyatakan lebih daripada satu objektif khusus yang dibuat mengikut nombor.


Buku rekod mengajar ialah buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999.  Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan.isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan-sukatan kebangsaan.

Pelaksanaan PdPc ada tiga peringkat iaitu Penutup mengenai guru merujuk semula objektif pembelajaran kemudian membincangkan nilai murni. Penyampaian isi adalah tentang guru mengajar input baru dan memberi nota. Bahan sumber pembelajaran amat penting kerana ia dapat meransang komunikasi dan pemikiran pelajar. Set Induksi adalah satu set pembelajaran untuk memulakan PdPc yang melibatkan idea, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik minat murid.

PERINGKAT KAJIAN TINDAKAN
Peringkat 1: Tinjauan mengenal pasti apakah masalah yang cuba diselesaikan atau proses peningkatan prestasi
Peringkat 2: Perancangan merancang apakah tindakan/interv ensi yang ingin dijalankan
Peringkat 3: Pemerhatian menjalankan tindakan/ intervensi yang telah dirancang
Peringka 4: Refleksi menjalankan refleksi berkenaan intervensi yang telah dijalankan

Secara kesimpulannya, setiap calon guru perlulah merancang dan membuat persediaan yang cukup sebelum memasuki alam pekerjaan sebagai seorang guru. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. sebagai contoh kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai.

Topik 13 Sekolah dan Persekitaran


Sekolah didefinisikan sebagai pusat penyebaran ilmu dan pengetahuan manakala persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan KebangsaanOleh itu, persekitaran sekolah bermaksud kawasan disekeliling sesuatu tempat di mana masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah.

Hubungan sekolah dengan masyarakat merupakan jalinan yang dapat membentuk Kerjasama antara masyarakat dan sekolah dalam pelaksanaan pendidikan untuk kebaikan bersama. Sekolah diwujudkan agar dapat menyediakan pendidikan formal kepada masyarakat seterusnya akan dapat melahirkan masyarakat yang memiliki ‘sense of belonging’ dan collegiality’ dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement and sustainable change’.

Hubungan sekolah dengan ibu bapa penting kerana ibu bapa memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dilaksanakan untuk merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa. Ibu bapa menjadi contoh kepada anak untuk menjadi murid yang berdisiplin dan cemerlang di sekolah. Ibu bapa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membendung masalah.

Hubungan sekolah dengan guru adalah menceritakan tentang guru merupakan ibubapa kedua bagi murid-murid apabila mereka berada di sekolah. Guru melakukan tugasan perkeranian seperti menulis surat jemputan dan persekolahan murid. Guru menghadiri kursus atau seminar untuk menambahkan ilmu pengetahuan agar dapat membantu murid-murid dalam pembelajaran.

Kesimpulannya, hubungan yang terjalin di antara sekolah dengan masyarakat, ibu bapa dan guru sesungguhnya dapat memberikan manfaat kepada sekolah itu sendiri. Kewujudan hubungan ini akan dapat menjalinkan kerjasama yang baik di antara setiap individu untuk kebaikan bersama. Menurut Lee Shok Mee (1993), pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Pengurus alam pembelajaran dapat mengenal pasti faktor dan kepentingan persediaan alam pembelajaran serta pengaruh persekitaran alam pembelajaran.  Hal ini dapat memahami hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar serta mengenal pasti masalah yang seringkali dihadapi oleh guru dalam pengurusan pembelajaran di bilik darjah dan cara untuk mengatasinya.

Topik 12 Pengurusan murid pelbagai upaya


Pengurusan pelbagai upaya merupakan satu langkah ynag diambil untuk memberi bantuan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Pengurusan murid pelbagai upaya ini merujuk kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada dari segi mental atau fizikal dan lebih terarah kepada program pendidikan khas. Dalam erti kata lain, pengurusan pembelajaran ini memfokuskan murid yang berkeperluan khas atau lebih dikenali sebagai pelajar yang kurang upaya (OKU). Membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Program-program  pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.

Tiga isi penting yang saya pelajari melalui topik ini adalah, pengurusan murid pelbagai upaya memfokuskan kepada tiga perkara utama iaitu pemulihan, pengayaan, dan berkeperluan khas.

Pemulihan bermaksud perbuatan untuk memulihkan sesuatu kepada keadaan semula. Pembelajaran pemulihan bermaksud memperbaiki sesuatu kekurangan. Menurut Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan lanngkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pelajar yang dikesan mempunyai masalah tersebut perlulah diberikan bantuan agar mereka dapat mengusai kemahiran 3M tersebut. Murid pemulihan merupakan murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. Pemulihan mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak kronik. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

Selain itu, pengayaan bermaksud Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan pengayaan sebagai perihal mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata. Ia memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar. Pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas. Ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas yang bercorak  belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima. Terdapat dua jenis aktiviti pengayaan iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti yang dijalankan kepada murid yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah manakala pengayaan menegak dilakukan kepada murid dalam kumpulan cerdas.

Seterusnya adalah berkeperluan khas. Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Kumpulan murid berkeperluan khas ini sudah pasti mempunyai masalah dalam pembelajaran mereka. Oleh itu, murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran ini memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan murid-murid yang biasa.

Teori kecerdasan pelbagai diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran. Terdapat 9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu.

1.      Kecerdasan logic-matematik - Pelajar mempunyai kelebihan dalam matematik. golongan yang mempunyai pemikiran yang saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Kemahiran dominan di bahagian otak kiri memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak.
2.      Kecerdasan verbal linguistic - Golongan ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan. Memahami bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu perkataan. Mahir dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam.
3.      Kecerdasan muzik - Golongan ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik. Peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang, guruh dan angin. Kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel dengan kecerdasan bahasa.
4.      Kecerdasan kinestetik badan - Individu jenis ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Mempunyai kebolehan dalam meluahkan idea atau perasaan melalui tubuh badan mereka. Mereka juga bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal dan mental.
5.      Kecerdasan interpersonal - Golongan ini berkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. Mereka berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain. Mudah bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada.
6.      Kecerdasan intrapersonal - Mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri. Mereka berupaya dalam memperbaiki diri mereka kearah kehidupan yang lebih baik. Mampu menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup berdikari, dan suka bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara.
7.      Kecerdasan ruang visual - Individu ini memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi. Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran mereka. Mampu berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat .
8.      Kecerdasan naturalis - Mempunyai kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling. Golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam terbuka. Sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat serta meminati unsur kejadian alam.  
9.      Kecerdasan eksistensialis - Mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia. Golongan ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan yang muncul dalam fikiran mereka. Golongan ini juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai moden yang berkembang pada masa kini.

Kesimpulannya, pengurusan pelbagai upaya merupakan satu aktiviti yang dijalankan bagi membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walau bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka. Kesedaran sosial datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.

Topik 11 Pengurusan pelbagai budaya

Pengurusan Pelbagai Budaya ini secara keseluruhannya memberi tumpuan kepada 3 komponen utama yang terdiri daripada kepelbagaian budaya murid, pengurusan merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid. Pelbagai budaya dapat didefinisikan menurut kamus Dewan Edisi Keempat iaitu bermaksud pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis. Budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya) dan sifat budaya, yang mengenai kebudayaan, (yang) sudah maju(akal budi). Pelbagai budaya juga dapat didefinisikan sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkahlaku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan dalam kelompok dalam sesebuah organisasi atau masyarakat. Mengakui dan menghargai perbezaan sosial-budaya, dan menggalakan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

Terdapat beberapa isi penting di dalam topik ini antaranya ialah kepelbagaian budaya murid, pengurusan merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid. Perbezaan Individu dalam konsep pelbagai budaya ini manusia memang berbeza antara satu sama lain. Guru perlu sedar hakikat ini kerana terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar. Banyak perbezaan di kalangan pelajar iaitu dari segi bangsa, agama, taraf keluarga, gender. Ianya juga melibatkan golongan minoriti – orang kurang upaya, golongan minoriti (orang asli). Kepelbagaian pelajar dan peranan sekolah ini pula Sekolah memikul tanggungjawab memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu.

Seterusnya, pendidikan pelbagai budaya pula dapat dibahagikan kepada tujuan, prinsip, konsep, matlamat, dan andaian. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mengajar pelajar mengenali, menerima dan menghargai perbezaan yang wujud kerana budaya, bangsa, kelas sosial, gender, agama, keperluan istimewa(OKU), golongan minoriti dan orientasi seksual. Dari segi prinsip pula, seharusnya memberi penekanan kepada kajian tentang etnik yang meliputi ciri kolompok pelbagai budaya serta sumbangan mereka kepada masyarakat. Matlamat pendidikan pelbagai budaya pula ialah matlamat asas hendaklah untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dapat berfungsi dalam  masyarakat pelbagai budaya supaya dapat diwujudkan “keadilan sosial”. Juga dipanggil “cross-culture” atau “multicultural skills”  (pengetahuan, kemahiran dan sikap) untuk mengujudkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan terhadap segala jenis perbezaan.

Akhir sekali, terdapat beberapa implikasi dan cabaran. Pendidikan adalah  satu proses evolusi yang berubahan secara berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru. Bagi menghadapi perubahan ke arah menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan berkualiti maka latihan dan perkembangan staf guru boleh berlaku dalam tiga kaedah. Pertama melalui program perguruan asas/pra perkhidmatan dimana sukatan pelajaran pendidikan guru di maktab dan universiti perlu disemak semula  untuk menekankan komponen kepelbagaian pelajar dari pemahaman konsep dan kaedah. Kedua, melalui kursus dan perkhidmatan dimana kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan    untuk membantu para guru menangani perubahan secara   berkesan. Isi kandungan kursus perlu diasaskan kepada kumpulan sasaran  serta aspek perubahan, penguasaan kemahiran baru  dan peneguhan kemahiran yang sedia ada. Ketiga, program pengembangan staf berpusatkan sekolah. Pendekatan ini menggalakkan keseluruhan staf sesebuah  sekolah untuk menghadapi dan menyelesaikan isu  sebenar dalam konteks kerja yang sebenar.

Kesimpulannya, pengurusan budaya penting dalam mewujudkan suasana keadaan sekolah yang harmoni. Guru merupakan pendidik yang sangat penting untuk menjayakan sesebuah pembentukan. Tanpa peranan mereka masalah yang dihadapi tidak dapat diatasi malah sebarang perubahan yang dijalankan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Seseorang guru perlulah bersikap terbuka dan berusaha untuk mengenali pelajar yang pelbagai. Pelajar belajar dengan apa yang dilihat dan diajar daripada guru. Hal itu demikian guru perlu mempunyai sikap “multicultural”. Dalam sesebuah organisasi itu sendiri tidak bekerja seorang diri. Tugas dan peranan seseorang itu tetap diperlukan dan terlibat sama.

Topik 10 Pengurusan penasihatan murid

Pengurusan Penasihatan Murid ini secara keseluruhannya memberi tumpuan kepada pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Dapat didefinisikan pengurusan bermaksud satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama, penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Menurut James Stoner, pengurusan ialah satu proses untuk merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.



Image result for komponen pengurusan penasihatan murid


Konsep bimbingan 
Bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960). Satu proses menolong individu untuk memahami diri dan alam sekelilingnya (Shertzer & Stone 1971). Proses yang profesional dan bersistematik yang bertujuan untuk menolong individu melalui pendidikan (Mathewson 1962). Suatu konsep yang berkaitan dengan cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al. 2006). Bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya. Bimbingan yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.

Konsep penasihatan
Konsep penasihatan memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah 1994). Nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna (Gibson & Mitchell 1999). Nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal (Kamus Dewan). Ciri-ciri konsep penasihatan berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.  Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.

Kedua-dua bimbingan dan penasihatan ini mempunyai proses yang sama yang dikenali sabagi proses bimbingan dan nasihat. Terdapat 5 fasa didal proses tersebut dimana fasa pertama dikenali sebagai fasa kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Fasa ke 2 pula berkaitan, menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Fasa 3 pula merupakan proses mengenali pelajar. Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan  penasihatan. Fasa 4, proses membimbing pelajar yang secara khususnya pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Fasa terakhir ialah analisis penilaian, fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan.

Konsep mentoring
mentoring mempunyai konsep, ciri-ciri dan proses di dalam pengurusan penasihatan murid. Konsep mentoring ialah, mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee. Menurut Fletcher(2000), Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus  dan mengarahkan. Ciri-ciri mentoring ialah, mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan, memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif, menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak. Terdapat 4 proses iaitu yang pertama menjalin hubungan. Masa diberikan untuk mengenali di antara satu sama lain supaya timbul rasa saling percaya. Kedua proses merundigkan perjanjian, wujudnya perjanjian bersama ini akan mewujudkan perhubungan yang harmoni. Seterusnya, perkembangan profesional mantee yang mana merupakan langkah utama mentoring kerana melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri. Akhir sekali, menamatkan perhubungan. Apabila proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang berkenaan.

Kesimpulannya, bimbingan, penasihhatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik fan matlamat tersediri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang mereka.

Topik 9 Pengurusan tingkah laku dan disiplin

Disiplin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Kesanggupan seseorang murid menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang/ peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak. Menurut Foucault (1977), didiplin ialah suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki. Ia merupakan perkara-perkara yang wajar diikuti dan juga merupakan proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna.

Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

Berbagai cara disiplin dijalankan seperti mengadakan jadual waktu, buku kedatangan, perhimpunan, pakaian seraga dan peperiksaan. Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian. Terdapat tiga teari punca salah laku pelajar iaitu teari fungsionalisme, teari ini menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan separti dijangkakan berlaku di sekolah. Teari konflik menyatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa. Teari interaksionisme menyatakan devian merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi. Misalnya, pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.

Jenis-jenis Devian
Devian inovasi merupakan suatu cara memenuhi metlamat dengan cara yang salah. Misalnya, pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan cuba mendapatkan markah yang tinggi denagn melakukan kecurangan akademik.

Devian ritual merupakan tindakan mengulang-ulang sesuatu perbuatan seperti pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.

Devian undur adalah mengenai seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan seperti pelajar yang sudah kecewa dengan pelajran akan melakukan ponteng sekolah.

Devian menentang di mana menolak matlamat persekolahan dan mengantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.

Punca Devian
Dari aspek kelas sosial, latar belakang budaya keluarga mempengaruhi pelajar kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Sesetengah tingkah laku mereka adalah bertentangan dengan apa yang dikehendaki sekolah. Misalnya pelajar dengan latar belakang kelas sosial rendah dikatakan membawa nilai-nilai seperti kekasaran, menunjuk-nunjuk, kekuasaan, tidak mementingkan kelulusan akademik, lebih mementingkan ganjaran yang cepat, dan ingin segera menceburi sektor pekerjaan bagi mendapat wang. Kesannya mereka melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti lepak dan sebagainya.

Dari aspek jantina, devian lebih banyak dilakukan oleh pelajar lelaki seperti merokok, berjudi, membuli, ponteng, samseng dan vandalisme manakala pelajar perempuan sering dikaitkan dengan kesalahan melibatkan cara berpakaian, bersolek, vandelisme dan berpasangan.

Prosedur disiplin dan tingkah laku
Pendekatan dalam menangani salah laku umumnya adalah berasaskan teguran, nasihat, dan kaunseling. Pendekatan ini dianggap menepati ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh Durkheim. Walau bagaimanapun, pembentukan disiplin tanpa unsur hukuman terhadap salah laku adalah bercanggah dengan usaha pembentukan individu untuk berfungsi dalam masyarakat. Sekolah sebagai masyarakat mikro seharusnya mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat makro. Dalam masyarakat makro terdapat berbagai-bagai hukuman: penjara, buang daerah, hukuman gantung. Tanpa pendedahan mengenai bentuk hukuman terhadap kesalahan dalam masyarakat, pelajar mungkin tidak sedar akan akibat buruk perbuatan salah laku mereka. 

Kesimpulannya, tanggungjawab pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar bukan hanya terletak pada bahu seorang pengetua / guru besar sesebuah sekolah semata-mata. Tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab semua pihak khususnya guru-guru yang ada disesebuah sekolah. Pengurusan masalah disiplin juga harus dilaksanakan dengan telus dan amanah oleh pihak sekolah sesuai dengan apa yang terkandung dalam pekeliling ikthisas dan peraturan sekolah.

Topik 8 Strategi mengurus bilik pembelajaran

Menurut Bosch (2006), pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada proses perancangan, pengorganisasian dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling bekerjasama dan bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Menurut Mak Soon Sang (20011), pengurusan bilik pembelajaran juga adalah salah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai. Ia adalah pakatan di antara guru dan pelajar untuk mengurus segala aspek terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan (Mok Soon Sang, 2011). Manakala, menurut Lemlech (1998), pengurusan bilik pembelajaran adalah orkestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran (Lemlech, 1988). 

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, SMK Bukit Sentosa 2 ini mempunyai suasana pembelajaran yang berbeza memandangkan sekolah ini merupakan sekolah transformasi dengan suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa. Pengkaji telah menjalankan kajian soal selidik dan pemerhati di SMK Bukit Sentosa 2 berkaitan Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran. Seorang guru telah ditemu bual oleh pengkaji bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. 

KONSEP DAN JENIS BILIK PEMBELAJARAN
Berdasarkan pemerhatian pengkaji di dalam pusat sumber pembelajaran terdapat ruang tayangan, ruang bacaan, ruang mengajar dan lain-lain. Buku-buku yang terdapat di pusat sumber tersusun dengan kemas dan teratur mengikut silibus pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima, dan juga terdapat buku cerita pendidikan dan buku fiksyen bagi menambah ilmu pengetahuan luar daripada silibus yang dipelajari di sekolah tersebut. Susunan buku diagihkan mengikut kod-kod tertentu bagi memudahkan pelajar serta guru mencari bahan ilmiah tertentu. 

Pusat Sumber di SMK Bukit Sentosa 2 merupakan satu bilik pembelajaran yang aktif kerana terdapat pelbagai aktiviti yang menggalakkan penggunaan pusat sumber sekolah seperti pertandingan perbahasan, minggu bacaan, dan pertandingan NILAM. PSS mempunyai hamper semua bahan rujukan yang boleh digunakan pelajar dan guru seperti buku rujukan mengikut silibus, buku cerita pendidikan, majalah, dan lain-lain. Lokasi PSS berhampiran dengan bilik guru dan mudah dikunjugi oleh pelajar-pelajar. PSS menjadi tumpuan oleh guru sekiranya ingin melakukan tayangan pendidikan kerana terdapat bilik tayangan yang selesa. PSS menjadi tempat kegemaran pelajar sebagai tempat mengulangkaji pelajaran kerana susunan meja yang teratur dan selesa serta senyap dan sejuk. 

STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN 
Merancang  
Seseorang guru perlu merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di Pusat Sumber Pembelajaran. Oleh itu, guru perlu merancang bagaimana untuk mengurus bilik pembelajaran agar PdPc dapat berjalan dengan lancar dengan menggunakan bilik pembelajaran yang dipilih. Guru perlu mengatur terutama sekali dari segi masa yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Guru hendaklah merancang proses pengajaran dan pembelajaran agar murid tidak berasa bosan dan tidak seronok. Oleh itu, merancang adalah satu komponen penting dalam strategi pengurusan bilik darjah.    

Mengelola 
Guru perlu mengelola bilik pembelajaran agar proses PdPc berjalan dengan rancang. Sekiranya murid dalam keadaan bosan dan tidak bersemangat, guru memainkan peranan penting dalam menceriakan suasana bilik pembelajaran, misalnya guru boleh melakukan senaman ringan bagi memulihkan semangat pelajar untuk kembali focus. 

Mengawal 
Pembelajaran yang berkesan dikaitkan dengan kualiti kepimpinan seorang guru dalam mengawal dan mendorong pelajar-pelajar mencapai objektif. Kebolehan seorang guru juga dalam mengawal pelajar-pelajar dari sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan dalam proses PdPc. Dalam pengurusan ini, guru perlu mengawal pelaja-pelajar agar tidak merosakkan segala bahan yang terdapat dalam bilik pembelajaran tersebut. Selain itu,  guru juga perlu mengawal suasana bilik pembelajaran agar tidak mengganggu individu lain ketika proses PdPc.OLeh itu, mengawal juga merupakan salah satu strategi dalam pengurusan bilik pembelajaran.  
  
Mengarah  
Dalam bilik pembelajaran, guru perlu mengarah dan memimpin pelajar-pelajar dari melakukan salah laku disiplin. Guru harus mengarah murid dengan betul untuk memastikan pengurusan bilik pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan. 

Isu-isu pengurusan bilik pembelajaran
Hasil daripada temubual dengan seorang guru dan membuat kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2, terdapat beberapa isu yang telah dikemukakan. Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) merupakan salah satu tempat yang menjadi pilihan pengkaji dalam menjalankan kajian ini yang menjurus ke arah pengurusan sumber pembelajaran. Berikut merupakan beberapa isu yang telah dikenalpasti oleh pengkaji; 

Kekangan Masa 
Pengkaji dimaklumkan bahawa kekangan masa menjadi salah satu isu dalam pengurusan pusat sumber pembelajaran di sekolah tersebut. Ini kerana, apabila murid diberi arahan oleh guru untuk bergerak ke pusat sumber, mereka mengambil masa yang lama untuk bergerak menyebabkan masa untuk melakukan proses pembelajaran dan pengajaran di Pusat Sumber Pembelajaran terganggu dan terjejas. Murid di sekolah tersebut mengambil masa untuk bergerak dari kelas ke pusat sumber dan seterusnya, mengambil masa untuk menyusun kasut dengan teratur di luar pusat sumber sekolah tersebut. 

Pemulangan Buku Yang Lewat 
Isu pemulangan buku yang lewat adalah isu yang kerap dilakukan oleh muridmurid di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2. Buku yang dipinjamkan dari pusat sumber adalah buku untuk kegunaan semua pelajar, bukan untuk individu sahaja. Kelewatan pelajar itu untuk memulangkan buku yang di pinjam menyebabkan pelajar itu mengambil masa pelajar lain untuk meminjam buku tersebut dan menggunakan buku tersebut sebagai rujukan pelajar lain. Pengkaji juga diberitahu, walaupun pusat sumber sekolah ini mengenakan tindakan denda kepada pelajar yang lambat memulangkan buku yang di pinjam, tetap isu ini kerap berlaku. Tindakan atau denda yang tegas perlu dilakukan bagi memberi kesedaran kepada pelajar yang membangkitkan isu ini agar dapat memudahkan kerja ramai pihak. 
  
Ruang yang Sempit  
Pengkaji juga diberitahu bahawa ruang yang sempit juga mempengaruhi proses pembelajaran yang dilakukan di Pusat Sumber Pembelajaran. Penyusunan meja dan kerusi yang banyak, serta rak-rak buku yang banyak menyebabkan ruang menjadi sempit. Isu ini membuatkan pelajar kurang selesa dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di Pusat Sumber Pembelajaran.  

Oleh itu, pengurusan bilik pembelajaran merupakan tugas penting dan mencabar yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum daripada kedua-dua pihak untuk memperoleh kesan yang maksimum. Sebagai seorang guru yang bertindak sebagai pengurus bilik pembelajaran, haruslah mengetahui dan berusaha mempertingkatkan serta melengkapkan diri dengan ilmu tentang pengurusan dimana dapat menerajui bilik pembelajaran yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik pembelajaran yang kondusif membawa maksud guru berjaya membentuk budaya dan nilai seperti berdisplin, kerjasama, berkasih-sayang kepada keindahan alam sekitar dan mematuhi setiap arahan. Guru juga menjadi pencetus idea, pembimbing, fasilitator. Hal ini membolehkan proses PdPc dijalankan dengan menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif dan cemerlang serta mencapai objektif PdPc pada hari tersebut.  

Topik 7 Pengurusan Sumber Pembelajaran

Sumber pembelajaran secara umumnya merujuk kepada teks, video, perisian, dan bahan-bahan lain yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sumber pembelajaran mestilah dinilai kesesuaian penggunaannya, seperti memenuhi kurikulum, pertimbangan sosial, dan usia pelajar sebelum dapat digunakan di bilik darjah. Penilaian sumber pembelajaran bergantung kepada kepakaran dan penilaian profesional guru. Penggunaan sumber pembelajaran difokuskan kepada pelajar bagi memudahkan aktiviti pembelajaran, mencapai tahap kefahaman yang tinggi, seterusnya mencapai pembelajaran berkesan. 

Jenis-jenis sumber pembelajaran ada empat sumber. Yang pertama, sumber asas seperti papan tulis, buku teks, dan guru sendiri sebagai model. Kedua, sumber bukan elektronik seperti model, patung, gamber, lukisan dan lain-lain. Ketiga, sumber elektronik seperti slaid, radio, televisyen, projektor, pembesar suara. Keempat, sumber pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek, pameran dan bahan alam sekitar.

Kriteria memilih sumber pembelajaran ada dua jenis iaitu berdasarkan tujuan dan umum. Kriteria Umum antara lain ialah ekonomis dalam pengertian murah, teknisi (tenaga), praktis dan sederhana, fleksibel, releven dengan tujuan pengajaran, dapat membantu efesien dan kemudahan pencapaian tujuan pengajaran, memliki nilai positif bagi proses pengajaran khususnya bagi peserta didik, sesuai dengan interaksi dan strategi pengajaran yang telah dirancang. Kriteria berdasarkan tujuan anatara lain ialah sumber belajar dapat memberikan motivasi pada siswa, sumber belajar untuk tujuan pembelajaran, sumber belajar untuk penelitian, sumber belajar untuk memecahkan masalah sumber belajar untuk presentasi.

Cara penggunaan sumber pembelajaran hendaklah sesuai dengan situasi pembelajaran. Guru hendaklah merancang penggunaan sumber pembelajaran supaya mencapai matlamat yang diharapkan dan membimbing pelajar menggunakan sumber pembelajaran. Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber yang digunakan sama ada secara individu atau berkumpulan. Penggunaan buku teks, aktiviti penelitian, pencarian bahan dari pelbagai sumber, latihan penyelesaian masalah dan penggunaan alat pendang dengar merupakan kompenan pembelajaran berasaskan sumber. Sumber Pembelajaran penting dalam meransang minat pelajar untuk belajar, menyediakan pengalaman sebenar pelajar, juga melibatkan pelajar belajar secara aktif, memberi peluang pelajar belajar mengikut keupayaan serta menjadikan lebih fleksibel dalam peggunaan waktu dan ruang belajar.

Pusat sumber sekolah (PSS) merupakan tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa. Perkhidmatan yang ditawarkan membolehkan pelajar dapat mengamalkan kemahiran dalam pembelajaran. Koleksi bahan yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan. Agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat murid dalam pembelajaran. Objektif pusat sumber sekolah adalah membantu pelaksanaan proses PdPc berkesan, memupuk minat membaca dan belajar sendiri melalui sumber dalam kalangan murid, memupuk kemahiran penyelidikan, penyiasatan, dan mencari maklumat dan memupuk keyakinan diri murid. 

Image result for Pusat sumber sekolah

Pusat sumber sekolah berfungsi dalam mengumpul bahan pembelajaran menerusi pembelian atau barangan terpakai, mengorganisasi bahan-bahan pembelajaran secara sistematik, menyebarkan maklumat berkenaan bahan yang terdapat di PSS dan memberi panduan, bimbingan, dan nasihat penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan. 

Jenis perkhidmatan yang ditempatkan dalam PSS adalah bergantung kepada keperluan, kemampuan kewangan, fizikal dan tanaga mahir yang ada di sekolah. Contoh perkhidmatan yang ada adalah Perkhidmatan Perpustakaan. Perkhidmatan radio, TV pendidikan, dan bilik tayang, Perkhidmatan bahan bantu mengajar (BBM), Perkhidmatan rakaman atau studio, Perkhidmatan Fotografi, Perkhidmatan Percetakan dan Perkhidmatan Internet.

Ciri-ciri PSS berkesan adalah yang mampu mewujudkan pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS. Perkhidmatan dan koleksi bahan digunakan dalam proses PdPc. Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah dan mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik Warga sekolah faham peranan PSS serta suka dan senang untuk menggunakan PSS.

Kesimpulannya, sumber belajar merupakan elemen penting dalam pembelajaran. Guru harus mampu memilih dan menentukan sumber belajar yang mudah diakses, didapatkan dan digunakan oleh siswa serta sesuai dengan materi yang akan diajarkan. Relevan dengan materi ini yang cukup penting dimana sumber belajar harus mengandung materi yang diajarkan secara lengkap dan menyeluruh. Sumber belajar merupakan komponen sistem pembelajaran yang merupakan sumber-sumber belajar yang dirancang terlebih dahulu dalam proses desain atau pemilihan dan pemanfaatan, dan dikombinasikan menjadi sistem pembelajaran yang lengkap untuk mewujudkan terlaksananya proses belajar yang bertujuan dan terkontrol.

Saturday, 27 April 2019

Topik 6 Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah melibatkan proses penyusunan fizikal, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Tujuan pengurusan bilik darjah ialah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Umumnya, bilik darjah ialah tempat berlakunya proses PdPc yang melibatkan pelajar dan guru. Khususnya ia merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya proses PdPc di sekolah. Biasanya mempunyai perabot seperti kerusi meja (guru dan pelajar), almari, papan kenyataan, dan papan hitam/putih. Bagi mata pelajaran tertentu, perabot dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan. Saiz bilik darjah penting kerana ia menjamin keselesaan murid. Ukuran bilik darjah untuk 40 orang murid = 7 m x 9 m. Bilik darjah mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dan menjalankan aktiviti.

Image result for susun atur bilik darjah
Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan 6 jenis susun atur bilik darjah. Antara peralatan yang ada pada bilik darjah ialah kerusi dan meja yang mesti sesuai dengan fizikal murid, papan putih, papan kenyataan untuk menampalkan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan dan rujukan, rak buku dan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid. Ruang dalam bilik darjah digunakan untuk menjalankan aktiviti PdPc secara formal atau tidak formal dan akan diurus secara usahasama antara guru dan murid. Peranan guru dalm bilik darjah adalah enyelia, membimbing dan mengawal keselamatan, menyenarai bahan dan alat yang ada di pusat pembelajaran untuk pengesanan. Manakala, peranan murid adalah mematuhi arahan guru ketika menggunakan pusat pembelajaran.

Pengajaran berkumpulan adalah kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan  aktiviti dalam kumpulan. Pengelompokan murid dibuat berdasarkan tahap kebolehan atau minat. Jenis kumpulan dalam pengajaran berkumpulan ialah mengikut kebolehan, pelbagai kebolehan dan mengikut minat. Kumpulan mengikut kebolehan terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan. Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti PdPc dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut kebolehan mereka. Kumpulan ini dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah serta memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran. Kumpulan pelbagai kebolehan terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, ada yang pandai melukis, dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal. Kumpulan begini dibentuk berasaskan tugasan yang diberi. Kumpulan mengikut minat berdasarkan kepada minat. Misalnya dalam mata pelajaran pendidikan seni dan muzik. Dalam kumpulan ini, ia bersifat kekal atau sementara berdasarkan aktiviti, kehendak serta keperluan guru dan murid.

Pengajaran individu adalah mengenai setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita, dan minat. Setiap murid berhak mendapat peluang perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh. Murid akan menguasai kemahiran mengikut tahap kebolehan mereka. Guru harus menyediakan situasi pembelajaran yang merangsang murid untuk belajar. Tujuan pengajaran individu adalah murid dapat menguasai sesuatu kemahiran mengikut kebolehan masing-masing, mendapat panduan khusus daripada guru, dapat memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri dan meningkatkan keyakinan diri murid dan motivasi untuk belajar.

Oleh itu, pengurusan bilik darjah bukan sahaja melibatkan pengurusan tingkah laku pelajar tetapi merangkumi tindakan guru untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah (Choong Lan Keow, 2009). Kecekapan dan keberkesanan kemahiran guru dalam mengurus bilik darjah dapat menggalakkan pembentukkan iklim pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pada masa kini pengurusan tingkah laku pelajar semakin mencabar dan tingkah laku mereka sukar dikawal dengan berkesan sehingga menyebabkan gangguan pada proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya boleh mempengaruhi iklim disiplin dan pencapaian mereka serta turut memberi kesan kepada iklim dan budaya sekolah. Sehubungan ini, pengetua perlu memastikan para guru memahami tugas dan peranan mereka dalam menentukan disiplin pelajar di bilik darjah berada dalam keadaan baik dan terkawal pada setiap masa.

Topik 5 Pengurusan Murid

Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain itu, pengurusan murid ini perlulah dilakukan dengan sistematik kerana ianya mampu mencapai matlamat dan objektif yang ingin dilakukan. Tugas bagi menguruskan berkaitan murid ini dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang berkaitan dengan aspek disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan aspek yang lain melalui peranannya sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor yang boleh membantu memudahkan pengurusan murid.

Mengurus rekod murid ini merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru. Pengurusan rekod murid dikaitkan dengan aktiviti mencatat bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod.

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) digunakan untuk menyimpan dan mengemaskini segala maklumat murid-murid termasuk maklumat ibu bapa/penjaga, kehadiran, dan pendaftaran. Pengguna utama APDM ialah guru kelas dan pegawai pentadbir APDM yang dilantik oleh pengetua / guru besar di peringkat sekolah. Pegawai pentadbir APDM di peringkat sekolah berperanan untuk membantu guru kelas dan pentadbir APDM di PPD dalam menguruskan data murid/ sekolah. Guru kelas bertanggungjawab untuk mengemaskini data murid, maklumat kelas, dan mata pelajaran murid dalam sistem APDM. Antara fungsi APDM ialah mendaftarkan guru kelas baharu, kelas baharu, mengemaskini data murid, menghantar lapora MBMMBI, menyimpan data murid dalam format excel, manambah data murid baharu, mengemaskini maklumat mata pelajaran murid dan ekehadiran murid.  

Sistam Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) digunakan untuk menyimpan, mengumpul dan menganalisis data keputusan peperiksaan murid di sekolah. SAPS ini dilakukan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan sekolah. SAPS memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar dan prestasi pelajar secara keseluruhan. Hal ini memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak. Sekolah dapat mengukur pencapaian pelajar. Data senang diperolehi kerana pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM boleh terus melihat prestasi sesebuah sekolah dengan hanya membuka SAPS. 

Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) sebelum ini dikenali sebagai Sistem Salahlaku Diri Murid yang hanya tertumpu kepada masalah disiplin murid. Sistem ini ialah pangkalan data tunggal pengurusan disiplin murid, daripada peringkat sekolah hingga ke peringkat JPN. Sistem SSDM 2.0 ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid. Jika dahulu kita merekod masalah disiplin murid semata-mata, kini dengan versi 2.0, Amalan Baik turut direkodkan di dalam sistem.

Konsep kesediaan belajar adalah keadaan dalam diri individu yang bersedia untuk memperolehi pengalaman pembelajaran baharu. Kesediaan belajar bergantung pada kelengkapan diri sendiri dari segi perkembangan mental, sikap, emosi dan fizikal. Seperti, kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Kesediaan kognitif berkait rapat dengan kesediaan mental untuk memahami dan berfikir. Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang. Kesediaan afekrif merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan. Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu. Kesediaan psikomotor merujuk kepada penguasaan kemahiran fizikal merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak, di dalam seluruh tubuh badan. Penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar.

Konsep motivasi adalah mengenai tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri dan membangkitkan respons untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai. Bantuan daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Motivasi intrinsik merupakan dorongan dalaman pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran. Hal ini berkaitan dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran. serta dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Motivasi intrinsik wujud secara semula jadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran. Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik. Motivasi ekstrinsik wujud apabila terdapat rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Cara meningkatkan motivasi iaitu dengan menwujudkan suasana bilik darjah yang kondusif, tentukan sasaran pencapaian yang perluu dicapai dan libatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Kesimpulannya, pengurusan murid mempunyai beberapa elemen penting yang menentukan objektif yang telah dibuat tercapai. Antara contohnya ialah pengurusan rekod murid, kesediaan belajar murid dan memotivasikan murid. Setiap elemen tersebut mempunyai peranan penting dan tidak boleh dibuat tanpa perancangan yang baik dan rapi. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu melakukan tugas mereka dengan sehabis baik untuk mencapai negara maju pada masa akan datang.




Topik 4 Kepimpinan dan Organisasi

Kepimpinan merupakan satu proses memujuk atau mempengaruhi di mana pemimpin atau kumpulan pemimpin mempengaruhi para pengikut untuk mengambil tindakan yang menjurus kepada pengukuhan matlamat pemimpin dan matlamat bersama (Sergiovanni 1989). Organisasi merupakan himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugass tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.

Terdapat empat ciri-ciri organisasi iaitu identiti, hierarki, pembahagian tugas dan peraturan, dasar, sistem. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah organisasi yang mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara. Struktur dan organisasi KPM dibentuk berdasarkan kepada sistem politik dan pentadbiran negara. Sistem pendidikan di Malaysia merupakan sistem pendidikan berpusat. Struktur organisasi KPM adalah sangat besar, namun secara ringkas terbahagi kepada lima peringkat iaitu eksekutif , pengurusan, penyeliaan, teknikal dan pelaksana (Rajah 1).
Image result for peringkat organisasi kpm
Rajah 1
Jabatan Pendidikan Negeri diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri (pendaftar) dan dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah. Beliau bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program-program, projek-projek, dan aktiviti pendidikan dalam negeri masing-masing. Ia juga bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah Pelajaran. Di Sabah dan Sarawak, Pengarah Pendidikan Negeri bertanggungjawab kepada Ketua Menteri.

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memberi khidmat nasihat kepada pengetua/guru besar. PPD juga membantu sekolah berkaitan perkembangan kurikulum dan mengenal pasti guru-guru yang perlu menghadiri kursus serta membantu Lembaga Peperiksaan dalam urusan peperiksaan. Kemasukan murid ke sekolah dan pertukaran murid juga diuruskan oleh PPD.

Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan empat gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, Laissez-faire dan kontigensi. Pentadbiran autokratik berbentuk hierarki iaitu mementingkan kedudukan. Gaya kepimpinan autokratik melibatkan komunikasi satu hala. Semua penentuan dasar, pelaksanaan pentadbiran dan aktiviti-aktiviti adalah mengikut keputusan pengetua dan guru-guru sentiasa menurut arahan tanpa banyak soal. Hal ini kerana kawalan yang ketat dan kurang mempercayai orang lain. Ciri-ciri ini menghasilkan  mereka yang patuh dan tidak megalakkan perkembangan idea. 

Ciri-ciri gaya kepimpinan demokratik lebih melibatkan banyak perbincangan, menerima dan memberi pandangan. Keputusan akan ditetapkan melalui persetujuan majoriti. Hal ini menggalakkan percambahan minda apabila guru-guru diberi peluang memberikan idea dan proses membuat keputusan akan menjadi lebih cepat dan lebih baik. Gaya kepimpinan demokratik ini sesuai apabila mempunyai ahli yang terpelajar dan tidak berasa malu.

Ciri-ciri gaya kepimpinan Laissez-faire banyak memberikan kebebasan, mempunyai kurang unsur-unsur kawalan dan kurang memberikan pandangan. Ciri-ciri ini kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti. Permerhatian senyap dan guru-guru menjalankan aktiviti mengikut inisiatif masing-masing. Laissez-faire ini sesuai dilaksanakan apabila mempunyai golongan yang profesional seperti penyelidik, pelukis, pereka bentuk.

Kontigensi menyesuaikan gaya kepimpinan mengikut keperluan atau mengikut keadaan. Kepimpinaan perlu dilaksanakan berdasarkan kepada penganalisisan terhadap kepentingan dan keperluan-keperluan sesuatu keadaan. Kontigensi berubah mengikut situasi dan mempunyai kaitan dengan faktor-faktor persekitaran, teknologi, orang-orang terlibat dan lain-lain.

Kepimpinan pengajaran turut dikenali sebagai kepimpinan instruksional, kepimpinan kurikulum, kepimpinan pendidikan. Menurut De Bevoise (1984), segala tindakan oleh pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran murid-murid. Pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion perguruan dan juga perkembangan pelajar (Southworth 2002).

Ciri-ciri kepimpinan pengajaran ialah merangka dan menjelaskan matlamat kepada komuniti sekolah, mengurus kurikulum, memantau kemajuan pelajar, mengawal waktu pembelajaran, menggalakkan peningkatan profesional, keterlibatan, dan memberi insentif.

Kepimpinan bilik darjah dikaitkan dengan kemahiran guru untuk menguruskan diri dan berkomunikasi dengan orang lain. Keupayaan untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan meyakinkan mereka supaya mengikut visi tersebut (Hook dan Vass 2000). Ciri-ciri kepimpinan bilik darjah ialah membina kefahaman dan visi dalam diri pelajar, menyampaikan visi kepada pelajar dengan berkesan, menilai hasil kerja dan tingkah laku, mencungkil potensi pelajar dan mencipta persekitaran pembelajaran yang mengalakkan.

Kesimpulanya, kepimpinan dan organisasi dapat difahami mengenai gaya kepimpinan, organisasi sekolah, kepimpinan peringkat sekolah dan kepimpinan guru. Hal ini dimana, kepimpinan tertinggi  ini diketuai oleh Menteri Pendidikan yang memainkan tanggungjawab dalam mengendalikan hal ehwal pendidikan di Malaysia. Seterusnya, ialah pengurusan sekolah dimana pengurusan sekolah ini diketuai oleh pengetua yang memainkan peranan dalam pentadbiran sekolah. Bagi memastikan keberkesanan dan kemajuan pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan kepada kepimpinan sesebuah organisasi dimana organisasi pendidikan dari peringkat kepimpianan tertinggi sehingga peringkat bawahan.