Sumber pembelajaran secara umumnya merujuk kepada teks, video, perisian, dan
bahan-bahan lain yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sumber pembelajaran mestilah dinilai kesesuaian penggunaannya, seperti memenuhi
kurikulum, pertimbangan sosial, dan usia pelajar sebelum dapat digunakan di bilik
darjah. Penilaian sumber pembelajaran bergantung kepada kepakaran dan penilaian
profesional guru. Penggunaan sumber pembelajaran difokuskan kepada pelajar bagi memudahkan
aktiviti pembelajaran, mencapai tahap kefahaman yang tinggi, seterusnya mencapai
pembelajaran berkesan.
Jenis-jenis sumber pembelajaran ada empat sumber. Yang pertama, sumber asas seperti papan tulis, buku teks, dan guru sendiri sebagai model. Kedua, sumber bukan elektronik seperti model, patung, gamber, lukisan dan lain-lain. Ketiga, sumber elektronik seperti slaid, radio, televisyen, projektor, pembesar suara. Keempat, sumber pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek, pameran dan bahan alam sekitar.
Kriteria memilih sumber pembelajaran ada dua jenis iaitu berdasarkan tujuan dan umum. Kriteria Umum antara lain ialah ekonomis dalam pengertian murah, teknisi (tenaga), praktis dan sederhana, fleksibel, releven dengan tujuan pengajaran, dapat membantu efesien dan kemudahan pencapaian tujuan pengajaran, memliki nilai positif bagi proses pengajaran khususnya bagi peserta didik, sesuai dengan interaksi dan strategi pengajaran yang telah dirancang. Kriteria berdasarkan tujuan anatara lain ialah sumber belajar dapat memberikan motivasi pada siswa, sumber belajar untuk tujuan pembelajaran, sumber belajar untuk penelitian, sumber belajar untuk memecahkan masalah sumber belajar untuk presentasi.
Cara penggunaan sumber pembelajaran hendaklah sesuai dengan situasi pembelajaran. Guru hendaklah merancang penggunaan sumber pembelajaran supaya mencapai matlamat yang diharapkan dan membimbing pelajar menggunakan sumber pembelajaran. Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber yang digunakan sama ada secara individu atau berkumpulan. Penggunaan buku teks, aktiviti penelitian, pencarian bahan dari pelbagai sumber, latihan penyelesaian masalah dan penggunaan alat pendang dengar merupakan kompenan pembelajaran berasaskan sumber. Sumber Pembelajaran penting dalam meransang minat pelajar untuk belajar, menyediakan pengalaman sebenar pelajar, juga melibatkan pelajar belajar secara aktif, memberi peluang pelajar belajar mengikut keupayaan serta menjadikan lebih fleksibel dalam peggunaan waktu dan ruang belajar.
Pusat sumber sekolah (PSS) merupakan tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa. Perkhidmatan yang ditawarkan membolehkan pelajar dapat
mengamalkan kemahiran dalam pembelajaran. Koleksi bahan yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan
perkembangan pendidikan. Agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat murid
dalam pembelajaran. Objektif pusat sumber sekolah adalah membantu pelaksanaan proses
PdPc berkesan, memupuk minat membaca dan
belajar sendiri melalui sumber
dalam kalangan murid, memupuk kemahiran
penyelidikan, penyiasatan, dan
mencari maklumat dan memupuk keyakinan diri murid.
![Image result for Pusat sumber sekolah](https://i2.wp.com/www.assunta1.com/images/pusat_sumber_sekolah.jpg)
Pusat sumber sekolah berfungsi dalam mengumpul bahan pembelajaran menerusi pembelian
atau barangan terpakai, mengorganisasi bahan-bahan pembelajaran secara
sistematik, menyebarkan maklumat berkenaan bahan yang
terdapat di PSS dan memberi panduan, bimbingan, dan nasihat
penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan.
Jenis perkhidmatan yang ditempatkan dalam PSS adalah bergantung kepada keperluan, kemampuan kewangan, fizikal dan tanaga mahir yang ada di sekolah. Contoh perkhidmatan yang ada adalah Perkhidmatan Perpustakaan. Perkhidmatan radio, TV pendidikan, dan bilik tayang, Perkhidmatan bahan bantu mengajar (BBM), Perkhidmatan rakaman atau studio, Perkhidmatan Fotografi, Perkhidmatan Percetakan dan Perkhidmatan Internet.
Ciri-ciri PSS berkesan adalah yang mampu mewujudkan pelbagai
aktiviti
galakan
penggunaan
PSS. Perkhidmatan
dan koleksi
bahan
digunakan
dalam proses
PdPc.
Lokasi PSS di
tengah-tengah
kawasan
sekolah dan mempunyai
koleksi yang
sesuai,
mencukupi,
terkini dan
menarik
Warga sekolah
faham peranan
PSS serta suka dan
senang untuk
menggunakan
PSS.
Kesimpulannya, sumber belajar merupakan elemen penting dalam pembelajaran. Guru harus mampu memilih dan menentukan sumber belajar yang mudah diakses, didapatkan dan digunakan oleh siswa serta sesuai dengan materi yang akan diajarkan. Relevan dengan materi ini yang cukup penting dimana sumber belajar harus mengandung materi yang diajarkan secara lengkap dan menyeluruh. Sumber belajar merupakan komponen sistem pembelajaran yang merupakan sumber-sumber belajar yang dirancang terlebih dahulu dalam proses desain atau pemilihan dan pemanfaatan, dan dikombinasikan menjadi sistem pembelajaran yang lengkap untuk mewujudkan terlaksananya proses belajar yang bertujuan dan terkontrol.
No comments:
Post a Comment