Pengajaran
merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan,
pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. Tujuan pengajaran ialah
untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar. Corak
pengajaran banyak berubah mengikut perkembangan semasa.
Matlamat
pengajaran ialah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan
serta berakhlak mulia. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana
objektif pengajaran dapat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan. Oleh
itu, proses pengajaran hendaklah dirancang dengan baik seterusnya dapat
mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Tujuan
merancang suatu Pengajaran ialah memenuhi masa yang diperuntukan, menepati
kehendak objektif/matlamat, berkesan sepanjang waktu pengajaran dan menarik
perhatian dan tidak membosankan. Berikut merupakan persediaan sebelum mengajar:
- Penulisan persediaan
mengajar
- Persediaan
ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar.
- Persediaan
bahan pengajaran.
- Persediaan
peralatan pengajaran.
- Persediaan
ruang pengajaran.
- Persediaan
kemahiran dalam pengajaran.
Terdapat
dua objektif pengajaran:
OBJEKTIF
IMPLISIT (UMUM/AM)
- Objektif
yang hendak dihasilkan secara keseluruhan bagi pelajaran.
- Menggunakan
kata kerja bagi menerangkan pencapaian murid yang dihsratkan dari aspek
kognitif, afektif, dan psikomotor.
- Kata kerja
domain kognitif: mengetahui, memahami, mentafsir,
menggunakan/mengplikasi, menyelesaikan masalah, bertutur, berucap,
menulis, merancang dan menilai
- Kata kerja
domain afektif: menyedari, menerima, menghargai.
- Kata kerja
domain psikomotor: bermain, melakar, memasang, membina, mereka cipta,
melukis, membaiki, dan menghasilkan.
- Contoh:
Murid-murid dapat memahami fenomena gerhana matahari dan gerhana
bulan.
OBJEKTIF
EKSPLISIT (KHUSUS/KHAS)
- objektif pengajaran yang dinyatakan secara khusus, berbentuk eksplisit.
- Objektif ini memperincikan objektif umum, ditulis dalam bentuk perlakuan yang boleh dicerap atau diukur yang menggambarkan kedalaman bidang kajian.
- Kata kerja domain kognitif: melabel, mendefinisi, menyenarai, menerang, memberi contoh, mengira, menggunakan, membandingkan, memilih, mengelaskan, merumus, mengkritik, menyokong.
- Kata kerja domain afektif: menyusun dengan teratur, mengamalkan, menjaga
- Kata kerja domain psikomotor: membuat, menimbang, menyukat, menampal.
- Sebaik-baiknya dalam satu pengajaran perlu dinyatakan lebih daripada satu objektif khusus yang dibuat mengikut nombor.
Buku rekod mengajar ialah buku himpunan pelan
tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod
mengajar wajib mengandungi dua perkara penting iaitu Rancangan Pelajaran
Tahunan dan Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan.isi ringkas
rancangan pengajaran berdasarkan sukatan-sukatan kebangsaan.
Pelaksanaan PdPc ada tiga peringkat iaitu Penutup
mengenai guru merujuk semula objektif pembelajaran kemudian membincangkan nilai
murni. Penyampaian isi adalah tentang guru mengajar input baru dan memberi
nota. Bahan sumber pembelajaran amat penting kerana ia dapat meransang
komunikasi dan pemikiran pelajar. Set Induksi adalah satu set pembelajaran
untuk memulakan PdPc yang melibatkan idea, teknik, proses, aktiviti dan sumber
bagi menarik minat murid.
PERINGKAT KAJIAN TINDAKAN
Peringkat 1: Tinjauan mengenal pasti apakah masalah
yang cuba diselesaikan atau proses peningkatan prestasi
Peringkat 2: Perancangan merancang apakah
tindakan/interv ensi yang ingin dijalankan
Peringkat 3: Pemerhatian menjalankan tindakan/
intervensi yang telah dirancang
Peringka 4: Refleksi menjalankan refleksi berkenaan
intervensi yang telah dijalankan
Secara
kesimpulannya, setiap calon guru perlulah merancang dan membuat persediaan yang
cukup sebelum memasuki alam pekerjaan sebagai seorang guru. Pembelajaran akan
berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan
pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan
dicapai oleh murid. sebagai contoh kemahiran berkomunikasi dan interaksi
kependidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid, dan murid-guru menjadi
teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan
kehadirannya diperlukan serta dihargai.
No comments:
Post a Comment