Pengurusan
murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran
sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha
untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap
negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain itu, pengurusan murid
ini perlulah dilakukan dengan sistematik kerana ianya mampu mencapai matlamat
dan objektif yang ingin dilakukan. Tugas bagi menguruskan berkaitan murid ini
dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang berkaitan dengan
aspek disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan aspek yang lain melalui peranannya
sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara, penyelaras,
pengawal, penawar, dan kaunselor yang boleh membantu memudahkan pengurusan murid.
Mengurus rekod murid ini merupakan salah satu
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru. Pengurusan rekod murid
dikaitkan dengan aktiviti mencatat bidang pengurusan yang bertanggungjawab
untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan
ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid
ke dalam bentuk rekod.
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) digunakan untuk menyimpan dan mengemaskini segala maklumat
murid-murid termasuk maklumat ibu bapa/penjaga, kehadiran, dan
pendaftaran. Pengguna utama APDM ialah guru kelas dan pegawai pentadbir
APDM yang dilantik oleh pengetua / guru besar di peringkat
sekolah. Pegawai pentadbir APDM di peringkat sekolah berperanan untuk
membantu guru kelas dan pentadbir APDM di PPD dalam
menguruskan data murid/ sekolah. Guru kelas bertanggungjawab untuk mengemaskini data murid,
maklumat kelas, dan mata pelajaran murid dalam sistem APDM. Antara fungsi APDM ialah mendaftarkan guru kelas baharu, kelas baharu, mengemaskini data murid, menghantar lapora MBMMBI, menyimpan data murid dalam format excel, manambah data murid baharu, mengemaskini maklumat mata pelajaran murid dan ekehadiran murid.
Sistam Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) digunakan untuk menyimpan,
mengumpul dan menganalisis
data keputusan peperiksaan
murid di sekolah. SAPS ini dilakukan secara atas talian yang
boleh dicapai oleh semua pihak
termasuklah KPM, JPN, PPD dan
sekolah. SAPS memaparkan slip keputusan
serta markah peperiksaan
pelajar dan prestasi pelajar
secara keseluruhan. Hal ini memudahkan ibu bapa untuk
memantau prestasi akademik
anak. Sekolah dapat mengukur
pencapaian pelajar. Data senang diperolehi kerana
pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM
boleh terus melihat prestasi
sesebuah sekolah dengan hanya
membuka SAPS.
Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) sebelum ini dikenali sebagai Sistem Salahlaku Diri Murid yang hanya
tertumpu kepada masalah disiplin murid. Sistem ini ialah pangkalan data tunggal pengurusan disiplin murid,
daripada peringkat sekolah hingga ke peringkat JPN. Sistem SSDM 2.0 ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha
menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid. Jika dahulu kita merekod masalah disiplin murid semata-mata, kini
dengan versi 2.0, Amalan Baik turut direkodkan di dalam sistem.
Konsep kesediaan belajar adalah keadaan dalam diri individu yang bersedia untuk memperolehi
pengalaman pembelajaran baharu. Kesediaan belajar bergantung pada kelengkapan diri sendiri dari
segi perkembangan mental, sikap, emosi dan fizikal. Seperti, kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Kesediaan kognitif berkait rapat dengan kesediaan mental untuk memahami dan berfikir. Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang. Kesediaan afekrif merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai
untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan. Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan
memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu. Kesediaan psikomotor merujuk kepada penguasaan kemahiran fizikal merangkumi fungsi
anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak, di dalam seluruh tubuh
badan. Penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada kesediaan
kognitif serta kesediaan afektif pelajar.
Konsep motivasi adalah mengenai tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri dan membangkitkan respons untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai. Bantuan daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh. Motivasi intrinsik merupakan dorongan dalaman pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu
tanpa memikirkan ganjaran. Hal ini berkaitan dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang
sedia ada dalam proses pembelajaran. serta dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai
kecekapan. Motivasi intrinsik wujud secara semula jadi tetapi boleh terbentuk dari
pengalaman dan pembelajaran. Contohnya, tabiat membaca buku cerita
dan bermain alat muzik. Motivasi ekstrinsik wujud apabila terdapat rangsangan luaran dengan tujuan
menggerakkan individu untuk melakukan sesuatu aktiviti yang
akan membawa faedah kepadanya. Cara meningkatkan motivasi iaitu dengan menwujudkan suasana bilik darjah yang kondusif, tentukan sasaran pencapaian yang perluu dicapai dan libatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Kesimpulannya, pengurusan murid mempunyai beberapa elemen penting
yang menentukan objektif yang telah dibuat tercapai. Antara contohnya ialah
pengurusan rekod murid, kesediaan belajar murid dan memotivasikan murid. Setiap
elemen tersebut mempunyai peranan penting dan tidak boleh dibuat tanpa
perancangan yang baik dan rapi. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu
melakukan tugas mereka dengan sehabis baik untuk mencapai negara maju pada masa
akan datang.
No comments:
Post a Comment