Pengurusan bilik darjah melibatkan proses penyusunan fizikal,
galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Tujuan pengurusan bilik darjah ialah untuk memudah cara atau
mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang
merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Umumnya, bilik darjah ialah tempat berlakunya proses PdPc yang
melibatkan pelajar dan guru. Khususnya ia merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya
proses PdPc di sekolah. Biasanya mempunyai perabot seperti kerusi meja (guru dan
pelajar), almari, papan kenyataan, dan papan hitam/putih. Bagi mata pelajaran tertentu, perabot dan alatan disediakan
bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan. Saiz bilik darjah penting kerana ia menjamin keselesaan
murid. Ukuran bilik darjah untuk 40 orang murid = 7 m x 9 m. Bilik darjah mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dan
menjalankan aktiviti.
![Image result for susun atur bilik darjah](https://i.pinimg.com/originals/87/02/0f/87020f013b1c9f01f1f5ad9ba3796542.png)
Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan 6 jenis susun atur bilik darjah. Antara peralatan yang ada pada bilik darjah ialah kerusi dan meja yang mesti sesuai dengan fizikal murid, papan putih, papan kenyataan untuk menampalkan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan dan rujukan, rak buku dan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi pelbagai bahan sumber
dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid. Ruang dalam bilik darjah digunakan untuk menjalankan aktiviti PdPc secara formal atau tidak
formal dan akan diurus secara usahasama antara guru dan murid. Peranan guru dalm bilik darjah adalah enyelia, membimbing dan mengawal keselamatan,
menyenarai bahan dan alat yang ada di pusat pembelajaran untuk
pengesanan. Manakala, peranan murid adalah mematuhi arahan guru ketika menggunakan pusat
pembelajaran.
Pengajaran berkumpulan adalah kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Pengelompokan murid dibuat berdasarkan tahap kebolehan atau minat. Jenis kumpulan dalam pengajaran berkumpulan ialah mengikut kebolehan, pelbagai kebolehan dan mengikut minat. Kumpulan mengikut kebolehan terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan. Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam
aktiviti PdPc dan kemudian secara berhati-hati membahagikan
murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut
kebolehan mereka. Kumpulan ini dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah serta memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata
pelajaran. Kumpulan pelbagai kebolehan terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan dalam satu
kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada murid-murid yang
berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai
membaca, ada yang pandai melukis, dan ada juga yang aktif
dalam kerja-kerja praktikal. Kumpulan begini dibentuk berasaskan tugasan yang diberi. Kumpulan mengikut minat berdasarkan kepada minat. Misalnya dalam mata pelajaran pendidikan seni dan muzik. Dalam kumpulan ini, ia bersifat kekal atau sementara berdasarkan aktiviti, kehendak serta keperluan guru dan murid.
Pengajaran individu adalah mengenai setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan,
bakat, cita-cita, dan minat. Setiap murid berhak mendapat peluang perkembangan
kecenderungan mereka secara menyeluruh. Murid akan menguasai kemahiran mengikut tahap kebolehan
mereka. Guru harus menyediakan situasi pembelajaran yang merangsang
murid untuk belajar. Tujuan pengajaran individu adalah murid dapat menguasai sesuatu kemahiran mengikut kebolehan
masing-masing, mendapat panduan khusus daripada guru, dapat memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak
dengan sendiri dan meningkatkan keyakinan diri murid dan motivasi untuk belajar.
Oleh itu, pengurusan bilik darjah bukan sahaja melibatkan pengurusan tingkah laku
pelajar tetapi merangkumi tindakan guru untuk mewujudkan dan mengekalkan
persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah (Choong Lan Keow, 2009). Kecekapan
dan keberkesanan kemahiran guru dalam mengurus bilik darjah dapat menggalakkan
pembentukkan iklim pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pada masa kini
pengurusan tingkah laku pelajar semakin mencabar dan tingkah laku mereka sukar
dikawal dengan berkesan sehingga menyebabkan gangguan pada proses pengajaran
dan pembelajaran. Ianya boleh mempengaruhi iklim disiplin dan pencapaian mereka
serta turut memberi kesan kepada iklim dan budaya sekolah. Sehubungan ini,
pengetua perlu memastikan para guru memahami tugas dan peranan mereka dalam
menentukan disiplin pelajar di bilik darjah berada dalam keadaan baik dan
terkawal pada setiap masa.
No comments:
Post a Comment