Saturday, 27 April 2019

Topik 3 Pengurusan dan Pembelajaran

Pengurusan dan pembelajaran penting dalam bidang/profesion di mana ia menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru, pengurusan yang cekap dapat menambahkan produktiviti dan  mendapat keredaan Allah. Menurut Stoner (1984), pengurusan ialah satu proses merancang, mengelalo, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang  ditentukan.

Kaedah pengurusan yang biasa dipakai oleh guru-guru dari segi pendekatan dan kaedah pengurusan ialah berpusatkan pelajar, bahan dan guru. dari segi pendekatan dan kaedah khusus ialah pengurusan bahan pembelajaran, pengurusan tempat, pengurusan masa dan pengurusan siapa yang mengajar. 7 jenis pengetahuan yang harus dikuasai dan diurus oleh guru yang profesional iaitu pelajar, pedagogi, kurikulum, konten-pedagogi, kandungan mata pelajaran, kontaks pendidikan di Malaysia dan tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia

Sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia (Sharpe 1989). Ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir: Sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia. Kumpulan sasaran manusia iaitu kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial. Pengurusan sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk organisasi sekolah yang dinamis- pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia (Abd Rahim Abd Rashid 2001). Namun, sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa (Senge 2000).

Matlamat Pendidikan

Pendidikan ialah sistem, proses, penambahan ilmu dan mendidik. Konsep dan pengertian pendidikan dalam islam ialah tarbiah, ta'dib dan ta'lim bergabung untuk melahirkan insan terdidik dengan mempunyai kesedaran, nerilmu, menghayati, menginsafi dan beramal. 
Image result for konsep dan pengertian pendidikan dalam islam

Kesan pendidikan

Prinsip pengajaran iaitu pengajaran perlu dirancang mengikut fasa dan turutan. Fasa yang pertama ialah set induksi  di mana merancang aktiviti ringkas bagi menarik minat dan perhatian. Yang kedua, penyampaian iaitu apakah langkah guru dan pelajar (aktiviti) sesuai dengan masa, bahan, aras pencapaian serta yang ketiga, penutup untuk mengukuh isi, penilaian, merumus.

Kesimpulannya, pengurusan dan pembelajaran ini dapat menerangkan mengenai proses merancang, mengelola untuk mengawal ahli-ahli organisasi untuk mencapai matlamat. Bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembelajaran ini adalah berdasarkan kepada strategi yang berpusatkan guru, berpusatkan bahan dan berpusatkan pelajar. Sekolah merupakan sebuah institusi yang terdiri daripada organisasi pengurusan dan pentadbiran. Oleh itu, pengurusan dan pembelajaran yang efektif amatlah penting unuk proses pembelajaran yang berkesan. Selain itu, inu bapa dan guru turrut memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam proses pengurusan dan pembelajaran pelajar.





.

No comments:

Post a Comment