Friday, 26 April 2019

Topik 2 Interaksi Dan Pembelajaran

Interaksi merupakan tindak balas manakala pembelajaran merujuk kepada proses untuk mendapatkan pengetahuan dan juga kemahiran. Interaksi dalam proses pembelajaran menekankan bahawa interaksi sosial membentuk realiti dan meneliti makna yang dibentuk antara guru dan murid. 


Interaksi bererti saling tindakan yang berlaku antara sekurang-kurangnya dua pihak. Interaksi dalam bilik darjah boleh berlaku dalam bentuk lisan atau bukan lisan. Interaksi aktif sesama pelajar atau guru dapat melatih mereka berdikari dan mengalami sendiri semasa proses pembelajaran dan pemudahcara (PdPc). Terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah iaitu interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan dan interaksi sosial.


Interaksi sehala merupakan kaedah mengajar cara lama dan pasif (Rajah 1). Pelajar dipaksa utk menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan guru sama ada secara arahan atau penerangan. Guru jenis ini amalkan pendekatan autoritarian, pelajar tiada kuasa utk berinteraksi dgn pelajar lain. Hal ini tidak boleh mengembangkan pemikiran pelajar.
Image result for interaksi sehala
Rajah 1

Interaksi dua hala adalah berlaku bila guru bertanya pelajar menjawab, atau pelajar bertanya guru menjawab (Rajah 2). Interaksi pasif seperti ini membuatkan pelajar menjadi bosan dan rimas apabila perlu memasukkan terlalu banyak fakta ke dalam minda mereka. Guru banyak mendorong pelajarnya untuk aktif seperti menyoal dan mengeluarkan pendapat. Keadaan yang biasa berlaku dalam bilik darjah. Keadaan menggalakkan berlaku sekiranya berbagai-bagai bentuk ganjaran diberi oleh guru. 
Image result for interaksi dua hala dalam bilik darjah
Rajah 2

Interaksi kumpulan berlaku apabila terdapat aktiviti kumpulan seperti membuat projek, perbincangan, simulasi, dan lain-lain. Ini bertujuan untuk menggalakan penyertaan aktif pelajar dalam PdPc. Kerja berkumpulan diwujudkan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka dalam perbincangan manakala guru hanya menjadi pemudahcara/fasilitator. Interaksi antara kumpulan merupakan perbincangan antara kumpulan seperti dalam sesi pembentangan di mana kumpulan lain boleh mengemukan soalan kepada kumpulan pembentangan.

Komunikasi (communication) ialah pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat. Proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa. Secara umumnya, komunikasi terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu komunikasi lisan, komunikasi tanpa lisan, komunikasi persuratan dan komunikasi visual. Jenis-jenis komunikasi ialah komunikasi intrperiadi, komunikasi antara peribadi, komunikasi kumpulan dan komunikasi keorganisasian. Berikut adalah proses komunikasi (Rajah 3).

Image result for proses komunikasi
Rajah 3

Konsep sosialisasi merujuk kepada proses mempelajari peranan, status dan milai yang perlu ada pada seseorang dalm institusi sosial. Ia merupakan satu proses pembelajaran yang berterusan bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga atau budaya. Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep. Semakin dewasa manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi. 

Ada beberapa jenis sosialisasi iaitu yang pertama, primer/permulaaan yang berlaku dalam keluarga seperti kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penaakulan, dan kemahiran bahasa. Yang kedua, sekunder/penyertaanyang berlaku di luar lingkungan keluarga di mana pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti rakan sebaya, media massa dan  guru. Yang ketiga, resosialisasi ialah proses individu menukar kepercayaan, moral, nilai sedia ada.

Guru sebagai "role model" atau idola kepada muridnya. Contohnya, dari segi penampilan dan bahasa tubuh di mana guru perlu menunjukkan ciri-ciri profesionalisme guru dan mengikut etika pakaian serta ekspresi muka seperti senyum dan tenang, kontak mata juga menunjukkan keperihatinan dan juga tanda amaran. Guru perlu menjaga tingkah laku kerana ia melambangkan keperibadian sebagai manusia seperti bersopan dan berhemah tetapi tegas.

Berdasarkan bab 2 iaitu Interaksi dan Pembelajaran ini saya dapat memahami bahawa interaksi merupakan tindak balas manakala pembelajaran merujuk kepada proses untuk mendapatkan pengetahuan dan juga kemahiran. Bab ini juga menekankan aspek sosialisasi dimana terdapat tiga jenis sosialisasi dalam kehidupan iaitu primer, sekunder dan juga resosialisasi. Pada pemahaman saya, sosialisasi dan pendidikan ini bukan sahaja terhad kepada interaksi diantara murid dengan guru, sebaliknya juga merujuk kepada interaksi yang berlaku dalam kalangan rakan di sekolah. Kesimpulannya, interaksi dalam pembelajaran ini merupakan satu aspek yang penting kerana dalam proses PdPc kerana ianya merupakan salah satu proses untuk menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan kepada jenis-jenis interaksi iaitu interaksi sehala, dua hala dan juga kumpulan.

No comments:

Post a Comment