Disiplin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Kesanggupan seseorang murid menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang/ peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak. Menurut Foucault (1977), didiplin ialah suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki. Ia merupakan perkara-perkara yang wajar diikuti dan juga merupakan proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna.
Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau
diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia
yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan
sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku
adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Berbagai cara disiplin dijalankan seperti mengadakan jadual waktu, buku kedatangan, perhimpunan, pakaian seraga dan peperiksaan. Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian. Terdapat tiga teari punca salah laku pelajar iaitu teari fungsionalisme, teari ini menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan separti dijangkakan berlaku di sekolah. Teari konflik menyatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa. Teari interaksionisme menyatakan devian merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi. Misalnya, pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.
Jenis-jenis Devian
Devian inovasi merupakan suatu cara memenuhi metlamat dengan cara yang salah. Misalnya, pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan cuba mendapatkan markah yang tinggi denagn melakukan kecurangan akademik.
Devian ritual merupakan tindakan mengulang-ulang sesuatu perbuatan seperti pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.
Devian undur adalah mengenai seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan seperti pelajar yang sudah kecewa dengan pelajran akan melakukan ponteng sekolah.
Devian menentang di mana menolak matlamat persekolahan dan mengantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.
Punca Devian
Dari aspek kelas sosial, latar
belakang budaya keluarga mempengaruhi pelajar kerana mereka lebih banyak
menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Sesetengah tingkah laku mereka
adalah bertentangan dengan apa yang dikehendaki sekolah. Misalnya pelajar
dengan latar belakang kelas sosial rendah dikatakan membawa nilai-nilai seperti
kekasaran, menunjuk-nunjuk, kekuasaan, tidak mementingkan kelulusan akademik,
lebih mementingkan ganjaran yang cepat, dan ingin segera menceburi sektor
pekerjaan bagi mendapat wang. Kesannya mereka melakukan aktiviti tidak
berfaedah seperti lepak dan sebagainya.
Dari aspek jantina, devian lebih banyak dilakukan oleh pelajar lelaki seperti merokok, berjudi, membuli, ponteng, samseng dan vandalisme manakala pelajar perempuan sering dikaitkan dengan kesalahan melibatkan cara berpakaian, bersolek, vandelisme dan berpasangan.
Prosedur disiplin dan tingkah laku
Pendekatan dalam menangani salah
laku umumnya adalah berasaskan teguran, nasihat, dan kaunseling. Pendekatan ini
dianggap menepati ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh
Durkheim. Walau bagaimanapun, pembentukan disiplin tanpa unsur hukuman terhadap
salah laku adalah bercanggah dengan usaha pembentukan individu untuk berfungsi
dalam masyarakat. Sekolah sebagai masyarakat mikro seharusnya mempunyai
ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat makro. Dalam masyarakat makro terdapat
berbagai-bagai hukuman: penjara, buang daerah, hukuman gantung. Tanpa
pendedahan mengenai bentuk hukuman terhadap kesalahan dalam masyarakat, pelajar
mungkin tidak sedar akan akibat buruk perbuatan salah laku mereka.
Kesimpulannya, tanggungjawab pengurusan tingkah
laku dan disiplin pelajar bukan hanya terletak pada bahu seorang pengetua /
guru besar sesebuah sekolah semata-mata. Tanggungjawab ini merupakan
tanggungjawab semua pihak khususnya guru-guru yang ada disesebuah sekolah.
Pengurusan masalah disiplin juga harus dilaksanakan dengan telus dan amanah oleh
pihak sekolah sesuai dengan apa yang terkandung dalam pekeliling ikthisas dan
peraturan sekolah.
No comments:
Post a Comment