Sekolah
didefinisikan sebagai pusat penyebaran ilmu dan pengetahuan manakala
persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling sesuatu tempat membawa maksud
masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah
berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia
yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah
baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan
KebangsaanOleh itu, persekitaran sekolah bermaksud kawasan disekeliling sesuatu
tempat di mana masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah.
Hubungan sekolah dengan masyarakat merupakan
jalinan yang dapat membentuk Kerjasama antara masyarakat dan sekolah dalam
pelaksanaan pendidikan untuk kebaikan bersama. Sekolah diwujudkan agar dapat
menyediakan pendidikan formal kepada masyarakat seterusnya akan dapat
melahirkan masyarakat yang memiliki ‘sense of belonging’ dan collegiality’
dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement and sustainable change’.
Hubungan sekolah
dengan ibu bapa penting kerana ibu bapa memainkan peranan yang penting terhadap
perkembangan sesebuah sekolah. Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dilaksanakan
untuk merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa. Ibu bapa menjadi contoh
kepada anak untuk menjadi murid yang berdisiplin dan cemerlang di sekolah. Ibu
bapa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membendung masalah.
Hubungan sekolah
dengan guru adalah menceritakan tentang guru merupakan ibubapa kedua bagi
murid-murid apabila mereka berada di sekolah. Guru melakukan tugasan
perkeranian seperti menulis surat jemputan dan persekolahan murid. Guru
menghadiri kursus atau seminar untuk menambahkan ilmu pengetahuan agar dapat
membantu murid-murid dalam pembelajaran.
Kesimpulannya, hubungan yang
terjalin di antara sekolah dengan masyarakat, ibu bapa dan guru sesungguhnya
dapat memberikan manfaat kepada sekolah itu sendiri. Kewujudan hubungan ini
akan dapat menjalinkan kerjasama yang baik di antara setiap individu untuk
kebaikan bersama. Menurut Lee Shok Mee (1993),
pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat
belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah
positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Pengurus
alam pembelajaran dapat mengenal pasti faktor dan kepentingan persediaan alam
pembelajaran serta pengaruh persekitaran alam pembelajaran. Hal ini dapat
memahami hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar
serta mengenal pasti masalah yang seringkali dihadapi oleh guru dalam
pengurusan pembelajaran di bilik darjah dan cara untuk mengatasinya.
No comments:
Post a Comment