Pengurusan Pelbagai Budaya ini
secara keseluruhannya memberi tumpuan kepada 3 komponen utama yang terdiri
daripada kepelbagaian budaya murid, pengurusan merentas budaya dan isu
kepelbagaian budaya murid. Pelbagai budaya dapat didefinisikan menurut kamus
Dewan Edisi Keempat iaitu bermaksud pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis.
Budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi
(cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya) dan sifat budaya, yang mengenai
kebudayaan, (yang) sudah maju(akal budi). Pelbagai budaya juga dapat
didefinisikan sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkahlaku yang mengiktiraf
dan menghormati kewujudan dalam kelompok dalam sesebuah organisasi atau
masyarakat. Mengakui dan menghargai perbezaan sosial-budaya, dan menggalakan
dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklusif
dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
Terdapat beberapa isi penting
di dalam topik ini antaranya ialah kepelbagaian budaya murid, pengurusan
merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid. Perbezaan Individu dalam
konsep pelbagai budaya ini manusia memang berbeza antara satu sama lain. Guru
perlu sedar hakikat ini kerana terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah
semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang
sama. Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan
jangka masa yang diperlukan untuk belajar. Banyak perbezaan di kalangan pelajar
iaitu dari segi bangsa, agama, taraf keluarga, gender. Ianya juga melibatkan
golongan minoriti – orang kurang upaya, golongan minoriti (orang asli).
Kepelbagaian pelajar dan peranan sekolah ini pula Sekolah memikul tanggungjawab
memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian
pelajar. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah
menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan inklusif bermaksud usaha
untuk mengintegrasikan pelajar secara individu.
Seterusnya, pendidikan
pelbagai budaya pula dapat dibahagikan kepada tujuan, prinsip, konsep,
matlamat, dan andaian. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mengajar
pelajar mengenali, menerima dan menghargai perbezaan yang wujud kerana budaya,
bangsa, kelas sosial, gender, agama, keperluan istimewa(OKU), golongan minoriti
dan orientasi seksual. Dari segi prinsip pula, seharusnya memberi penekanan
kepada kajian tentang etnik yang meliputi ciri kolompok pelbagai budaya serta
sumbangan mereka kepada masyarakat. Matlamat pendidikan pelbagai budaya pula
ialah matlamat asas hendaklah untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang dapat berfungsi dalam masyarakat pelbagai budaya supaya dapat
diwujudkan “keadilan sosial”. Juga dipanggil “cross-culture” atau
“multicultural skills” (pengetahuan, kemahiran dan sikap) untuk
mengujudkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan terhadap segala jenis
perbezaan.
Akhir sekali, terdapat
beberapa implikasi dan cabaran. Pendidikan adalah satu proses evolusi
yang berubahan secara berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang
mencabar dan membawa tekanan kepada guru. Bagi menghadapi perubahan ke arah
menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan berkualiti maka latihan dan
perkembangan staf guru boleh berlaku dalam tiga kaedah. Pertama melalui program
perguruan asas/pra perkhidmatan dimana sukatan pelajaran pendidikan guru di
maktab dan universiti perlu disemak semula untuk menekankan komponen
kepelbagaian pelajar dari pemahaman konsep dan kaedah. Kedua, melalui kursus
dan perkhidmatan dimana kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan
untuk membantu para guru menangani perubahan
secara berkesan. Isi kandungan kursus perlu diasaskan kepada
kumpulan sasaran serta aspek perubahan, penguasaan kemahiran baru
dan peneguhan kemahiran yang sedia ada. Ketiga, program pengembangan staf
berpusatkan sekolah. Pendekatan ini menggalakkan keseluruhan staf
sesebuah sekolah untuk menghadapi dan menyelesaikan isu sebenar
dalam konteks kerja yang sebenar.
Kesimpulannya, pengurusan budaya
penting dalam mewujudkan suasana keadaan sekolah yang harmoni. Guru merupakan
pendidik yang sangat penting untuk menjayakan sesebuah pembentukan. Tanpa
peranan mereka masalah yang dihadapi tidak dapat diatasi malah sebarang
perubahan yang dijalankan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Seseorang guru
perlulah bersikap terbuka dan berusaha untuk mengenali pelajar yang pelbagai.
Pelajar belajar dengan apa yang dilihat dan diajar daripada guru. Hal itu
demikian guru perlu mempunyai sikap “multicultural”. Dalam sesebuah organisasi
itu sendiri tidak bekerja seorang diri. Tugas dan peranan seseorang itu tetap
diperlukan dan terlibat sama.
No comments:
Post a Comment