Saturday, 27 April 2019

Topik 3 Pengurusan dan Pembelajaran

Pengurusan dan pembelajaran penting dalam bidang/profesion di mana ia menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru, pengurusan yang cekap dapat menambahkan produktiviti dan  mendapat keredaan Allah. Menurut Stoner (1984), pengurusan ialah satu proses merancang, mengelalo, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang  ditentukan.

Kaedah pengurusan yang biasa dipakai oleh guru-guru dari segi pendekatan dan kaedah pengurusan ialah berpusatkan pelajar, bahan dan guru. dari segi pendekatan dan kaedah khusus ialah pengurusan bahan pembelajaran, pengurusan tempat, pengurusan masa dan pengurusan siapa yang mengajar. 7 jenis pengetahuan yang harus dikuasai dan diurus oleh guru yang profesional iaitu pelajar, pedagogi, kurikulum, konten-pedagogi, kandungan mata pelajaran, kontaks pendidikan di Malaysia dan tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia

Sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia (Sharpe 1989). Ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir: Sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia. Kumpulan sasaran manusia iaitu kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial. Pengurusan sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk organisasi sekolah yang dinamis- pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia (Abd Rahim Abd Rashid 2001). Namun, sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa (Senge 2000).

Matlamat Pendidikan

Pendidikan ialah sistem, proses, penambahan ilmu dan mendidik. Konsep dan pengertian pendidikan dalam islam ialah tarbiah, ta'dib dan ta'lim bergabung untuk melahirkan insan terdidik dengan mempunyai kesedaran, nerilmu, menghayati, menginsafi dan beramal. 
Image result for konsep dan pengertian pendidikan dalam islam

Kesan pendidikan

Prinsip pengajaran iaitu pengajaran perlu dirancang mengikut fasa dan turutan. Fasa yang pertama ialah set induksi  di mana merancang aktiviti ringkas bagi menarik minat dan perhatian. Yang kedua, penyampaian iaitu apakah langkah guru dan pelajar (aktiviti) sesuai dengan masa, bahan, aras pencapaian serta yang ketiga, penutup untuk mengukuh isi, penilaian, merumus.

Kesimpulannya, pengurusan dan pembelajaran ini dapat menerangkan mengenai proses merancang, mengelola untuk mengawal ahli-ahli organisasi untuk mencapai matlamat. Bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembelajaran ini adalah berdasarkan kepada strategi yang berpusatkan guru, berpusatkan bahan dan berpusatkan pelajar. Sekolah merupakan sebuah institusi yang terdiri daripada organisasi pengurusan dan pentadbiran. Oleh itu, pengurusan dan pembelajaran yang efektif amatlah penting unuk proses pembelajaran yang berkesan. Selain itu, inu bapa dan guru turrut memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam proses pengurusan dan pembelajaran pelajar.





.

Friday, 26 April 2019

Topik 2 Interaksi Dan Pembelajaran

Interaksi merupakan tindak balas manakala pembelajaran merujuk kepada proses untuk mendapatkan pengetahuan dan juga kemahiran. Interaksi dalam proses pembelajaran menekankan bahawa interaksi sosial membentuk realiti dan meneliti makna yang dibentuk antara guru dan murid. 


Interaksi bererti saling tindakan yang berlaku antara sekurang-kurangnya dua pihak. Interaksi dalam bilik darjah boleh berlaku dalam bentuk lisan atau bukan lisan. Interaksi aktif sesama pelajar atau guru dapat melatih mereka berdikari dan mengalami sendiri semasa proses pembelajaran dan pemudahcara (PdPc). Terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah iaitu interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan dan interaksi sosial.


Interaksi sehala merupakan kaedah mengajar cara lama dan pasif (Rajah 1). Pelajar dipaksa utk menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan guru sama ada secara arahan atau penerangan. Guru jenis ini amalkan pendekatan autoritarian, pelajar tiada kuasa utk berinteraksi dgn pelajar lain. Hal ini tidak boleh mengembangkan pemikiran pelajar.
Image result for interaksi sehala
Rajah 1

Interaksi dua hala adalah berlaku bila guru bertanya pelajar menjawab, atau pelajar bertanya guru menjawab (Rajah 2). Interaksi pasif seperti ini membuatkan pelajar menjadi bosan dan rimas apabila perlu memasukkan terlalu banyak fakta ke dalam minda mereka. Guru banyak mendorong pelajarnya untuk aktif seperti menyoal dan mengeluarkan pendapat. Keadaan yang biasa berlaku dalam bilik darjah. Keadaan menggalakkan berlaku sekiranya berbagai-bagai bentuk ganjaran diberi oleh guru. 
Image result for interaksi dua hala dalam bilik darjah
Rajah 2

Interaksi kumpulan berlaku apabila terdapat aktiviti kumpulan seperti membuat projek, perbincangan, simulasi, dan lain-lain. Ini bertujuan untuk menggalakan penyertaan aktif pelajar dalam PdPc. Kerja berkumpulan diwujudkan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka dalam perbincangan manakala guru hanya menjadi pemudahcara/fasilitator. Interaksi antara kumpulan merupakan perbincangan antara kumpulan seperti dalam sesi pembentangan di mana kumpulan lain boleh mengemukan soalan kepada kumpulan pembentangan.

Komunikasi (communication) ialah pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat. Proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa. Secara umumnya, komunikasi terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu komunikasi lisan, komunikasi tanpa lisan, komunikasi persuratan dan komunikasi visual. Jenis-jenis komunikasi ialah komunikasi intrperiadi, komunikasi antara peribadi, komunikasi kumpulan dan komunikasi keorganisasian. Berikut adalah proses komunikasi (Rajah 3).

Image result for proses komunikasi
Rajah 3

Konsep sosialisasi merujuk kepada proses mempelajari peranan, status dan milai yang perlu ada pada seseorang dalm institusi sosial. Ia merupakan satu proses pembelajaran yang berterusan bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga atau budaya. Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep. Semakin dewasa manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi. 

Ada beberapa jenis sosialisasi iaitu yang pertama, primer/permulaaan yang berlaku dalam keluarga seperti kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penaakulan, dan kemahiran bahasa. Yang kedua, sekunder/penyertaanyang berlaku di luar lingkungan keluarga di mana pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti rakan sebaya, media massa dan  guru. Yang ketiga, resosialisasi ialah proses individu menukar kepercayaan, moral, nilai sedia ada.

Guru sebagai "role model" atau idola kepada muridnya. Contohnya, dari segi penampilan dan bahasa tubuh di mana guru perlu menunjukkan ciri-ciri profesionalisme guru dan mengikut etika pakaian serta ekspresi muka seperti senyum dan tenang, kontak mata juga menunjukkan keperihatinan dan juga tanda amaran. Guru perlu menjaga tingkah laku kerana ia melambangkan keperibadian sebagai manusia seperti bersopan dan berhemah tetapi tegas.

Berdasarkan bab 2 iaitu Interaksi dan Pembelajaran ini saya dapat memahami bahawa interaksi merupakan tindak balas manakala pembelajaran merujuk kepada proses untuk mendapatkan pengetahuan dan juga kemahiran. Bab ini juga menekankan aspek sosialisasi dimana terdapat tiga jenis sosialisasi dalam kehidupan iaitu primer, sekunder dan juga resosialisasi. Pada pemahaman saya, sosialisasi dan pendidikan ini bukan sahaja terhad kepada interaksi diantara murid dengan guru, sebaliknya juga merujuk kepada interaksi yang berlaku dalam kalangan rakan di sekolah. Kesimpulannya, interaksi dalam pembelajaran ini merupakan satu aspek yang penting kerana dalam proses PdPc kerana ianya merupakan salah satu proses untuk menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan kepada jenis-jenis interaksi iaitu interaksi sehala, dua hala dan juga kumpulan.

Thursday, 25 April 2019

Topik 1 Sosiologi dan Pembelajaran

Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Tujuan utamanya ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk lehidupan sosial mereka.

Image result for perspektif sosiologi makro mikro

Tokoh-Tokoh Sosiologi
  1. Ibnu Khaldun (1332-1406)
  2. Auguste Comte (1798-1857)
  3. Karl Marx (1818-1883)
  4. Emile Durkheim (1858-1917)
  5. Max Weber (1864-1920)
  6. George Hebert Mead (1863-1931)
Teori Utama Sosiologi
Image result for teori utama sosiologi gambar
Teori Fungsionalisme
  • Struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan dan keharmonian masyarakat.
  • Menekankan kepentingan persefahaman ahli masyarakat atau"konsensus" untuk mencapai keharmonian dan kestabilan
  • Tiga andaian ahli fungsionalisme (Brinkerhoff dan White, 1989) 
    • Stabiliti
    • Harmoni
    • Evolusi
Teori Konflik
  • Menganalisis konflik yang berlaku dalam masyarakat dan mengkritik kapitalisme
  • Menimbulkn persoalan mengenai struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia dan sebaliknya.
Teori Interaksionaisme 
  • Teori yang memiliki asumsi bahwa manusia membentuk makna melalui proses komunikasi.
  • Berfokus pada pentingnya konsep diri dan persepsi yang dimiliki iindividu berdasarkan interaksi dengan individu lain.
  • Teori ini mengkaji
    • bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
    • makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif 
    • makna yang simbolik mengikut konteks penggunaannya
  • Makna yang simbolik berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra 
  • Makna adalah sesuatu yang dirundingkan 
  • Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar 
  • Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat

Pendidikan sebagai suatu proses, bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar dan pendidikan sebagai suatu produk adalah kesanberlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.

Dari perspektif sosiologi, pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masing –masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu.
Dari perspektif antropologi, pendidikan sebagai proses pembudayaan di mana sesebuah masyarakat yang percaya dan memberi tumpuan kepada pendidikan sains dan teknologi adalah berbeza dengan masyarakat yang mementingkan pendidikan agama dan tatasusila.

Dari perspektif ekonomi, pendidikan sebagai 'comsuption' di mana proses dan hasil mencari ilmu pengetahuan itu hanyalah untuk kepuasan rasa ingin tahu atau riadah manakala pelabuaran dalam pendidikan bererti membelanjakan wang, masa dan tenaga untuk mendapat pendidikan dan latihan.

Dari perspektif sains politik, pendidikan sebagai proses bagaimana sesebuah negara itu mendidik dan membina warga negaranya supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme, mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.

Dari perspektif psikologi pendidikan, proses pendidikan ialah proses memupuk perkembangan potensi, bakat dan sahsiah murid-murid.

Kesimpulannya, sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas. Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial. Justeru, pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat. Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh itu pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain.